Tuesday, June 21, 2011

Umpan Power Untuk Semua Kaki Pancing

 Memperkenalkan umpan yang berupaya menaikkan pelbagai jenis ikan di semua kolam pancing berbayar di sekitar negeri Perak.

Amat sesuai bagi pelbagai jenis spesis ikan :

1.  Ikan Rohu / Ara
2.  Ikan Patin / Mekong
3.  Ikan Tongsan Ara / Taiho
4.  Ikan Tongsan Sisik Kasar / Halus

Telah digunakan secara meluas di kebanyakan kolam pancing di seluruh negeri Perak oleh otai-otai dari pancing.net dari Perak. Untuk kaki Rohu ianya paling praktikal dan berkesan. Umpan ini diperbuat daripada beberapa jenis tumbuhan dan halal. Tiada unsur organ terlarang digunakan. Buatan Bumiputera dan dibuat oleh Apis- tomman@p.net yang merupakan pemancing yang telah berkecimpung di dalam dunia pemancingan hampir selama 20 tahun. Tiada dijual di kedai-kedai pancing.

HARGA SEBOTOL  : RM 10.00 ( BAGI YANG DUK IPOH LEH CALL TEMAN AMBIL DI RUMAH SAYA DI MEDAN KLEBANG PRIMA, KLEBANG.


BAGI YANG DUK JAUH SAYA JUAL PAKEJ RM 40.00 ( 3 BOTOL + RESEPI UMPAN PATIN + PENGHANTARAN POS). KALAU BELI SATU AJE TAK BERBALOI SEBAB JAUH. JADI SAYA REKOMEN 3. SEBENARNYA KOS PENGHANTARAN TAK MAHAL DALAM RM5-6 AJE.

UNTUK TEMPAHAN SMS KE NOMBOR INI  :   017-5807153







Ini adalah bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat umpan minyak ini

Penyediaan dedak

Dedak yang digunakan ialah:

1.  Dedak Ayam Hitam    Sukatan 2 cawan
2.  Dedak 286               Sukatan 1 cawan





Campurkan kedua-duanya
Campurkan di dalam satu bekas. Paling cantik bekas tong cat sebab ianya perlu diperap selama 4 jam




Masukkan MINYAK KLEBANG di dalam bekas berisi air. PERLU DIINGATKAN GUNAKAN AIR BERTAPIS TAU BELI AJE AIR MINERAL KAT KEDAI TU
Kocak Minyak tadi bersama-sama air hingga sebati. Takpayah bayak sangat. Membazir aje tu. Bila sebati campurkan dengan dedak yang telah disukat tadi.




Gaulkan sampai jadi seroi. Campuan ini akan menyebabkan bau dedak menjadi harum seakan-akan bau pisang tetapi ada bau masam skit selepas diperam selama 4 jam




PENYEDIAAN ROTI

Roti yang penting adalah kena guna jenama GARDENIA sahaja. Potong kulit tepinya.



Ambil bekas air bulat atau benda-benda yang boleh buat pelenyek. Lenyekkan roti jadi senipis mungkin


Potong roti yang telah dilenyek dalam panjang 1/5 inci dengan pisau. Potong panjang-panjang


Lepas potong panjang, potong melintang pulak saiz dalam 1 inci dan masukkan ke dalam bekas tupperware kecil. tak payah pakai yang besar. nak kecil aje dan berpenutup. Roti tak payah pakai banyak. Kalau main seorang cuma pakai 3 keping aje. Yang baki kome leh buat breakfast pagi esok sblum pegi keroje.


Tuangkan sedikit MINYAK KLEBANG ke dalam bekas yang mengandungi roti yang dipotong tadi. Tap payah banyak skit aje.cuma nak menyiranya aje.


Goncangkan ia sebati. Jangan banyak2 takut nanti roti tu kembang lak susah nak cangkuk kat mata kail

BUAT UMPAN NIE 4 JAM SEBELUM MEMANCING. KENA PERAM. DEDAK KENA TUTP LEPAS BUAT. ROTIPUN SANA KENA TUTUP. JANGAN BIARKAN GAS MINYAK TU KELUAR DENGAN BANYAK.




 ALAT BERPERANG SUDAH SIAP ( BUAT UMPAN 4 JAM SEBELUM MEMANCING )

Pakai perambut bom mata kecil aje. Pakai saiz 6-7 aje. Kalau boleh buat perambut sendiri. Jangan beli mata bom yang dijual di kedai. Takut kome putih mata nanti....

Masukkan satu keping roti bagi setiap mata..Tak payah guna banyak roti bagi satu mata. lipat dan cangkuk aje...



Kepalkan dedak pada spring



Inilah rupanye umpan dah siap.Tinggal masa nak campak



HASILNYA






 SELAMAT MENCUBAAA.  Umpan Perak Mali ooooooooooo

16 comments:

  1. terima kasih info yg amat berguna

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas maklumat umpan terbaik memancing di kolam tuan. InsyaAllah saya akan mencuba umpan ini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sdr..

    Cmana nk order umpan nie harap dapat bantu..

    T.kasih

    Roseley
    012-236 1655

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sdr..

    Cmana nk order umpan nie harap dapat bantu..

    T.kasih

    Roseley
    012-236 1655

    ReplyDelete
  5. Dlu dh try cl tp xdpt...dh tukar no ke bos..

    ReplyDelete
  6. Kalau kolam luar ngeri perak berhasil jugak ke???

    ReplyDelete
  7. Kalau kolam luar ngeri perak berhasil jugak ke???

    ReplyDelete
  8. Kalau kolam luar ngeri perak berhasil jugak ke???

    ReplyDelete